Nurin Aziz

Hello , lovers :*

Assalamualikum & Good Day! Hi, I'm Nurin Afifah. Welcome to My Paris Town. Please be nice here. Copycats are not allowed here. Have a Nice day. Gomawo!


Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

Put your blog url correctly, so I can follow you.
No Harsh words allowed here.
Click 'Go' to send it.



Ask Me Anything !

Big Clap


Template: Intan Aqilah
Basecodes: Nurin
Others:   


Entries : Acar

Hello, bloggers. Please enjoy reading my Entries :)


      Acar adalah sejenis makanan penyedap selera yang diperbuat daripada pelbagai jenis bahan makanan, iaitu sama ada buah-buahan atau sayur-sayuran, yang dimasak dengan cuka, garam dan gula. Terdapat juga acar yang diperbuat daripada telur rebus atau ikan. Acar biasanya dimakan bersama-sama dengan nasi, nasi tomato atau nasi minyak, terutamanya pada majlis-majlis tertentu seperti kenduri dan keramaian yang lain.

      Terdapat dua cara untuk membuat acar, iaitu dimasak segera atau dimasak lama bersama-sama rempah ratus tertentu. Acar yang dimasak segera tidak dapat disimpan lama. Manakala acar yang dimasak lama dengan proses penyediaannya yang teliti dan bersih boleh disimpan lama sehingga berminggu-minggu.

      Acar yang diperbuat daripada buah-buahan kering seperti limau nipis, belimbing, dan mangga dipanggil acar rempah. Manakala di kalangan orang-orang India pula, mereka membuat acar buah-buahan yang manis seperti buah pala, prun atau kana. Acar ini kenali sebagai 'cutni'.

      Selain itu, terdapat juga sejenis acar yang popular di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia, iaitu acar rampai. Acar ini diperbuat daripada campuran timun, lobak merah, bawang, dan  kacang panjang. Acar ini dimasak dengan menggunakan gula, cuka dan garam.

2 COMMENTS FROM YOU. OLDER POST | HOTTER POST