Nurin Aziz

Hello , lovers :*

Assalamualikum & Good Day! Hi, I'm Nurin Afifah. Welcome to My Paris Town. Please be nice here. Copycats are not allowed here. Have a Nice day. Gomawo!


Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

Put your blog url correctly, so I can follow you.
No Harsh words allowed here.
Click 'Go' to send it.



Ask Me Anything !

Big Clap


Template: Intan Aqilah
Basecodes: Nurin
Others:   


Entries : Wayang Kulit

Hi, bloggers! Enjoy reading my Hot entries!


      Wayang kulit merupakan salah sejenis hiburan tradisional yang amat popular di Kelantan, selain daripada dikir barat dan makyong sedikit masa dulu.Wayang kulit mempunyai peminatnya sendiri dan tidak akan lenyap, jika seni budaya Melayu ini dipelihara.Seni pesaka turun-temurun ini mempunyai keunikan dari segi persembahan dan alunan muzik pengiringnya.

      Kumpulan wayang kulit memerlukan sekurang-kurangnya lapan orang anggota, iaitu dalang, dalang muda, pemain gedut anak, pemain gedut ibu, pemain gendang anak dan ibu, pemain gedombak (2 orang), pemain canang, pemain kisi, peniup serunai, dan pemain gong (ketawak).Biasanya, permainan ini dipersembahkan di sebuah bangsal khas yang dibina daripada batang pinang, buluh, dan atap pokok sagu. Sebidang kain layar dan lampu diperlukan untuk menayang patung-patung (watak) wayang kulit.

      Dalang adalah orang penting dalam kumpulan wayang kulit. Dialah ketua dan pengurus kumpulan.Dalang memerlukan kemahiran tinggi untuk menghidupkan watak wayang kulit.Dalang harus cekap mengatur jalan cerita dan menghidupkan setiap watak. Dalang juga harus menggunakan suara yang berlainan untuk setiap watak.

      Cerita dalam wayang kulit berkisar kepada watak Raja Seri Rama, Laksamana, Hanuman Kera Putih, dan segala puak-juak di negeri Derdap Muda. Raja Seri Rama merupakan watak utama dalam cerita wayang kulit.Cerita dalam wayang kulit diselitkan dengan lawak jenaka. Tidak lengkap persembahan wayang kulit, jika tidak ada watak jenaka.

      Pak Dogol, Wak Long, Samad, Diah, Said, Kadir, Eteng, dan lain-lain merupakan watak-watak jenaka wajib dalam persembahan wayang kulit. Persembahan wayang kulit tidak akan berseri dan meriah, jika watak-watak ini tidak diwujudkan.Permainan wayang kulit dikatakan bermula dari Sumatera. Namun, ada juga sejarah mencatatkan permainan wayang kulit dibawa ke Thailand dan mulai bertapak di negara itu. Kemudian berkembang ke negeri Kelantan.

      Pada masa kini, kumpulan wayang kulit sudah hampir pupus di Kelantan. Persembahannya juga jarang dianjurkan. Pihak penganjur tidak berminat lagi hendak mengadakan persembahan ini kerana banyak dihalangi masalah dan modal.Tidak ada penganjur yang mempunyai modal yang banyak untuk membayar permit, membayar cukai hiburan, dan membina panggung. Sedangkan, pulangan wang tidak memadai dan ada yang rugi.

      Oleh sebab itu banyak kumpulan wayang kulit tidak lagi aktif. Namun, wayang kulit tetap hidup di sanubari pencinta seni kerana keunikannya.

Nota Modern : Zaman sekarang kan dah modern. So, kita pergi tonton wayang cerita action or everything.. Wayang kulit ni bosan! HEYY!! Modern tak modern, tak payah lah nak hina sangat traditional negara kita ni..  Alright lah, bye-bye !

0 COMMENTS FROM YOU. OLDER POST | HOTTER POST